1 Ya TUHAN, jika aku mengemukakan perkaraku kepada-Mu,tentu akan terbukti bahawa Engkaulah yang benar.Tetapi aku harus menanyai Engkau tentang keadilan.Mengapakah orang jahat makmur?Mengapakah orang yang tidak jujur berjaya?
2 Engkau menanam mereka seperti tumbuh-tumbuhan,lalu mereka berakar, bertumbuh dan berbuah.Mereka selalu mengatakan yang baik tentang Engkau,tetapi dalam hati, mereka sebenarnya tidak mempedulikan Engkau.
3 Tetapi ya TUHAN, Engkau mengenal aku;Engkau nampak perbuatankudan mengetahui isi hatiku terhadap-Mu.Giringlah orang jahat itu keluar seperti domba ke pembantaian.Kawallah mereka sampai tiba masanya mereka disembelih.
4 Berapa lama lagi negeri kami akan kering,dan rumput layu di padang?Burung dan binatang matikerana kejahatan bangsa kami,yang berkata, ‘Allah tidak nampak perbuatan kita.’
5 TUHAN berfirman, “Hai Yeremia, jika engkau letih berlumba dengan manusia,mana mungkin engkau berlumba dengan kuda?Jika engkau tidak sanggup bertahan di tempat yang aman,bagaimanakah engkau sanggup bertahan di hutan, di tepi Sungai Yordan?
6 Engkau telah dikhianati bahkan oleh sanak saudaramu sendiri;mereka ikut menyerang engkau.Janganlah percaya kepada mereka,meskipun kata-kata mereka manis belaka.”
7 TUHAN berfirman, “Aku telah meninggalkan Israel;Aku telah menolak bangsa pilihan-Ku.Aku telah menyerahkan umat yang Kukasihike dalam tangan musuh mereka.
8 Umat pilihan-Ku melawan Aku;seperti singa di rimbademikianlah mereka mengaum terhadap Aku.Itulah sebabnya Aku membenci mereka.
9 Umat pilihan-Ku seperti seekor burungyang diserang oleh burung helang dari segala arah.Panggillah binatang liaruntuk ikut menghabiskan mereka.
10 Banyak penguasa asing telah merosakkan ladang anggur-Ku;mereka memijak-mijak ladang-Ku.Mereka mengubah negeri-Ku yang indah menjadi gurun.
11 Mereka menjadikannya tanah yang tandus;terbiar di hadapan-Ku.Seluruh negeri telah menjadi padang gurun,dan tiada sesiapa pun yang mempedulikannya.
12 Di seluruh dataran tinggi di tanah gurun,orang datang untuk menjarah.Aku mendatangkan perang untuk menghancurkan seluruh negeri;tiada sesiapa pun yang dapat hidup damai.
13 Umat-Ku menanam gandum, tetapi menuai lalang.Mereka bekerja keras tetapi tidak mendapat hasil.Kerana Aku sangat murka,tuaian mereka mengecewakan.”
14 TUHAN berfirman, “Inilah perkhabaran-Ku tentang negara-negara jiran Israel yang telah merosakkan negeri yang Kuberikan kepada umat-Ku Israel. Sebagaimana tanaman dicabut dari tanah, demikianlah semua orang jahat itu akan Kucabut dari negeri-negeri mereka. Aku akan membebaskan Yehuda daripada kekuasaan mereka.
15 Tetapi selepas Aku membuang mereka, Aku akan mengasihani mereka lagi; setiap bangsa akan Kubawa kembali ke negeri mereka sendiri.
16 Jika dengan sepenuh hati mereka mahu menerima agama umat-Ku dan bersumpah dengan berkata, ‘Demi TUHAN yang hidup,’ - seperti mereka mengajarkan umat-Ku bersumpah demi Baal dahulu - maka mereka pun akan tergolong umat-Ku dan menjadi makmur.
17 Tetapi bangsa yang tidak mahu mentaati Aku, akan Kucabut seperti tanaman dan Kubinasakan. Aku, TUHAN, telah berfirman.”