1 TUHAN, Allah Israel,
2 berfirman kepadaku, “Tulislah di dalam sebuah kitab semua yang telah Kufirmankan kepadamu,
3 kerana masanya akan tiba apabila Aku memulihkan keadaan umat-Ku, Israel dan Yehuda. Aku akan membawa mereka kembali ke negeri yang telah Kuberikan kepada nenek moyang mereka. Mereka akan memiliki negeri itu semula. Aku, TUHAN, telah berfirman.”
4 TUHAN berfirman kepada umat Israel dan Yehuda,
5 “Aku telah mendengarjeritan orang yang gentar,jeritan orang yang ketakutan,yang tidak mempunyai ketenteraman.
6 Cubalah fikir dan selidiki!Dapatkah lelaki melahirkan bayi?Jika tidak, mengapa Aku nampak setiap lelakiberwajah pucat pasidan memegang perutnya dengan tanganseperti wanita yang hendak melahirkan anak?
7 Hari yang dahsyat akan tiba,hari yang tiada bandingnya.Bagi umat-Ku, itulah hari yang mencemaskan mereka,tetapi mereka akan diselamatkan.”
8 TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman, “Apabila hari itu tiba, kok yang dipasang pada tengkuk kamu akan Kupatahkan, dan belenggu kamu akan Kulepaskan. Kamu tidak akan menjadi hamba orang bangsa asing lagi.
9 Kamu akan mengabdi kepada-Ku, TUHAN, Allah kamu, dan mengabdi kepada seorang keturunan Daud yang akan Kulantik sebagai raja.
10 Hai umat-Ku, jangan takut!Hai umat Israel, jangan gentar!Aku akan menyelamatkan kamu dari negeri yang jauh,dari negeri tempat kamu ditawan oleh musuh.Kamu akan pulang ke negeri kamu dan hidup dengan aman.Kamu akan selamat,dan tiada orang akan menakutkan kamu.
11 Aku akan datang dan menyelamatkan kamu.Aku akan membinasakan semua bangsatempat Aku mencerai-beraikan kamu,tetapi Aku tidak akan membinasakan kamu.Aku tidak akan melepaskan kamu daripada hukuman,tetapi Aku akan berlaku adil apabila menghukum kamu.Aku, TUHAN, telah berfirman.”
12 TUHAN berfirman kepada umat-Nya,“Luka kamu sangat parah,kecederaan kamu tiada ubatnya.
13 Tiada seorang pun sudi merawat kamu,tiada ubat untuk bisul-bisul kamu,tiada harapan untuk sembuh bagi kamu.
14 Semua kekasih kamu telah melupakan kamu;mereka tidak lagi mempedulikan kamu.Seperti musuh, Aku telah menyerang kamu,hukuman yang berat telah menimpa kamukerana dosa kamu banyak sangatdan kejahatan kamu amat dahsyat.
15 Jangan lagi bersungut tentang luka kamu,kerana bagi kamu tiada harapan untuk sembuh.Aku menghukum kamu dengan cara itu,kerana dosa kamu banyak sangatdan kejahatan kamu amat dahsyat.
16 Tetapi sekarang semua yang menelan kamu akan ditelan,dan semua musuh kamu akan dibawa pergi sebagai tawanan.Semua orang yang menindas kamu akan ditindas,dan semua orang yang merompak kamu akan dirompak.
17 Walaupun musuh kamu berkata,‘Sion telah dibuang,dan tiada yang mempedulikannya,’namun Aku akan menjadikan kamu sihat kembali,dan luka-luka kamu akan Kuubati.”
18 TUHAN berfirman,“Aku akan mengembalikan umat-Ku ke negeri merekadan mengasihani setiap keluarga;Yerusalem akan dibina lagi,dan istananya diperbaiki.
19 Penduduknya akan memuji Aku dengan nyanyian,dan bersorak-sorai dengan kesukaan.Dengan berkat-Ku bilangan mereka akan bertambah;berkat-Ku akan mendatangkan kehormatan kepada mereka.
20 Aku akan menjadikan bangsa itu berkuasa seperti dahulu,dan mengukuhkan mereka semula.Aku akan menghukum semua orang yang menindas mereka.
21-22 Penguasa mereka akan datang daripada bangsa mereka,raja mereka berasal daripada kaum mereka.Dia akan menghadap Aku apabila Aku menjemput dia,kerana siapakah yang berani menghadap tanpa dijemput?Mereka akan menjadi umat-Kudan Aku menjadi Allah mereka.Aku, TUHAN, telah berfirman.”
23-24 Kemurkaan TUHAN bagaikan angin ribut, umpama angin kencang yang mengamuk dan melanda orang jahat, dan tidak akan reda sebelum segala niat hati-Nya dilaksanakan. Umat-Nya akan memahami hal itu pada kemudian hari.