20 Hai Yerusalem, lihatlah! Musuh kamu sedang datang dari utara! Di manakah orang yang harus kamu lindungi, orang yang sangat kamu banggakan itu?
21 Apakah yang akan kamu katakan apabila orang yang kamu anggap sebagai kawan, mengalahkan serta menguasai kamu? Tentu kamu akan berasa sakit seperti perempuan yang sedang bersalin.
22 Mungkin kamu bertanya mengapa semuanya itu menimpa diri kamu; mengapa pakaian kamu dikoyak dan mengapa kamu dirogol. Ketahuilah bahawa semua itu berlaku kerana dosa kamu terlalu besar.
23 Dapatkah orang hitam mengubah warna kulitnya, atau harimau bintang menghilangkan tompoknya? Tentu tidak! Begitu juga dengan kamu yang biasa berbuat jahat, tidak mungkin berbuat baik.
24 TUHAN akan mencerai-beraikan kamu seperti jerami yang ditiup angin dari gurun.
25 Dia telah berfirman bahawa itulah kesudahan kamu. Itulah yang ditentukan-Nya untuk dilakukan terhadap kamu kerana kamu telah melupakan Dia dan percaya kepada tuhan-tuhan palsu.
26 TUHAN sendiri akan menanggalkan pakaian kamu sehingga kamu telanjang dan dipermalukan.