5 Induk rusa di padangmeninggalkan anaknya yang baru lahirkerana rumput tidak ada lagi.
6 Keldai liar berdiri di puncak bukit,terengah-engah seperti anjing hutan.Mata keldai liar menjadi kaburkerana makanan tidak ada.
7 Umat-Ku berseru kepada-Ku,‘Walaupun dosa kami menyalahkan kami,ya TUHAN, tolonglah kami menurut janji-Mu.Kami telah berkali-kali meninggalkan Engkau;kami berdosa terhadap-Mu.
8 Engkaulah satu-satunya harapan Israel,yang menyelamatkan kami daripada malapetaka.Mengapakah Engkau seperti orang asing di negeri kami,dan seperti musafir yang singgah satu malam lalu pergi?
9 Mengapakah Engkau seperti orang yang bingung,seperti pahlawan yang tidak sanggup menolong?Tentu Engkau menyertai kami, ya TUHAN!Kami umat-Mu,jangan tinggalkan kami!’ ”
10 Demikianlah firman TUHAN tentang umat itu, “Mereka suka lari daripada-Ku dan mereka tidak mahu mengawal diri. Oleh itu Aku tidak berkenan kepada mereka. Aku akan mengingat kesalahan mereka, dan menghukum mereka kerana dosa mereka.”
11 TUHAN berfirman kepadaku, “Janganlah minta Aku menolong umat itu.