3 Aku, TUHAN telah mengambil keputusan bahawa empat perkara yang dahsyat akan menimpa mereka: mereka akan dibunuh dalam peperangan; mayat mereka akan diseret anjing; burung akan memakan mayat mereka, dan binatang buas akan menghabiskan apa yang tersisa.
4 Aku akan menyebabkan semua bangsa di dunia ngeri melihat mereka kerana perbuatan Manasye anak Hizkia di Yerusalem, ketika Manasye menjadi raja Yehuda.”
5 TUHAN berfirman,“Hai penduduk Yerusalem,siapakah yang akan mengasihani kamu?Siapakah yang mahu bersedih dengan kamu?Siapakah yang mahu singgah untukmenanyakan keadaan kamu?
6 Kamu telah menolak Aku,kamu telah membelakangi Aku.Oleh itu, Aku mengacungkan tangan untuk menghancurkan kamu,kerana Aku sudah jemu menahan kemurkaan-Ku.
7 Di setiap kota di negeri ini,Aku akan membuang kamu seperti jerami.Walaupun kamu umat-Ku,Aku akan membinasakan kamu dan anak-anak kamu,kerana kamu tidak mahu mengubah cara hidup kamu.
8 Negeri kamu akan penuh dengan balu,lebih banyak daripada pasir di pantai.Aku akan membunuh orang mudasehingga ibu mereka menderita.Dengan tiba-tiba Aku mendatangkan pembinasasehingga mereka takut dan gelisah.
9 Ibu yang kehilangan tujuh orang anaknyaterengah-engah dan pengsan.baginya matahari sudah terbenam selagi hari siang;dia dihina dan dipermalukan.Aku akan menyuruh musuh kamu membunuhorang yang masih hidup antara kamu.Aku, TUHAN, telah berfirman.”