7 Di setiap kota di negeri ini,Aku akan membuang kamu seperti jerami.Walaupun kamu umat-Ku,Aku akan membinasakan kamu dan anak-anak kamu,kerana kamu tidak mahu mengubah cara hidup kamu.
8 Negeri kamu akan penuh dengan balu,lebih banyak daripada pasir di pantai.Aku akan membunuh orang mudasehingga ibu mereka menderita.Dengan tiba-tiba Aku mendatangkan pembinasasehingga mereka takut dan gelisah.
9 Ibu yang kehilangan tujuh orang anaknyaterengah-engah dan pengsan.baginya matahari sudah terbenam selagi hari siang;dia dihina dan dipermalukan.Aku akan menyuruh musuh kamu membunuhorang yang masih hidup antara kamu.Aku, TUHAN, telah berfirman.”
10 Alangkah malangnya aku! Mengapakah ibuku melahirkan aku? Aku terpaksa bertengkar dan berbantah dengan setiap orang di negeri ini. Walaupun aku tidak pernah meminjamkan atau meminjam wang, namun aku dikutuk oleh semua orang.
11 Ya TUHAN, jika aku tidak melakukan tugasku dengan baik, dan tidak membela musuh di hadapan-Mu pada waktu mereka ditimpa bencana dan kesusahan, biarlah kutuk mereka itu benar-benar berlaku. (
12 Tidak seorang pun dapat mematahkan besi, terutama besi dari utara yang telah dicampur dengan gangsa.)
13 TUHAN berfirman kepadaku, “Aku akan mengirim musuh untuk mengangkut kekayaan dan harta umat-Ku sebagai hukuman terhadap dosa yang dilakukan mereka di seluruh negeri.