17 Aku nampak segala sesuatu yang dilakukan mereka. Tiada sesuatu pun yang tersembunyi daripada-Ku; Aku nampak dosa-dosa mereka.
18 Aku akan membalas dosa dan kejahatan mereka dengan hukuman dua kali ganda, kerana mereka telah menajiskan negeri-Ku dengan banyak berhala. Berhala-berhala itu tidak bernyawa seperti mayat. Mereka telah memenuhi negeri-Ku dengan tuhan-tuhan palsu.”
19 Ya TUHAN, Engkaulah yang melindungi aku dan memberikan kekuatan kepadaku; Engkau menolong aku pada masa kesusahan. Bangsa-bangsa dari hujung bumi akan datang kepada-Mu dan berkata, “Nenek moyang kami hanya mempunyai tuhan palsu yang sama sekali tidak berguna.
20 Dapatkah manusia membuat tuhannya sendiri? Tentu sekali tidak! Apa yang dibuatnya itu pasti bukan Allah yang sebenarnya.”
21 TUHAN berfirman, “Oleh itu, kali ini Aku akan mengajar bangsa-bangsa supaya mereka mengetahui kekuasaan dan kekuatan-Ku; maka mereka akan tahu bahawa Akulah TUHAN.”