15 Orang berkata kepadaku, “Di manakah semua ancaman TUHAN terhadap kami? Biarlah Dia melaksanakan semuanya sekarang!”
16 Tetapi, ya TUHAN, tidak pernah aku mendesak Engkau untuk mendatangkan kecelakaan kepada mereka. Aku tidak juga mengingini kesusahan menimpa mereka. Engkau tahu hal itu, ya TUHAN. Engkau tahu apa yang kukatakan.
17 Janganlah Engkau menjadi sesuatu yang menakutkan aku. Engkaulah tempat aku berlindung apabila kesusahan datang.
18 Semoga Engkau mempermalukan orang yang menganiaya aku, tetapi lindungilah aku, ya TUHAN. Liputilah mereka dengan ketakutan, tetapi janganlah takutkan aku. Datangkanlah malapetaka terhadap mereka sehingga mereka hancur binasa.
19 TUHAN berfirman kepadaku, “Hai Yeremia, pergilah ke Pintu Gerbang Rakyat yang dilalui raja-raja Yehuda apabila mereka keluar masuk kota, dan isytiharkanlah perkhabaran-Ku di situ. Kemudian pergilah ke semua pintu gerbang yang lain di Yerusalem.
20 Suruhlah raja-raja dan semua orang Yehuda serta segenap penduduk Yerusalem yang lalu di pintu-pintu itu, supaya mendengar firman-Ku.
21 Katakanlah begini, ‘Jika kamu tidak mahu mati, jangan angkat beban pada hari Sabat, atau membawanya masuk melalui pintu-pintu gerbang Yerusalem.