23 Tetapi nenek moyang kamu tidak mahu mendengarkan Aku atau memperhatikan firman-Ku. Mereka degil dan tidak mahu taat atau menerima ajaran daripada-Ku.
24 Taatilah semua perintah-Ku. Jangan angkat beban melalui pintu gerbang kota ini pada hari Sabat. Rayakanlah hari Sabat sebagai hari yang khas untuk Aku, dan jangan bekerja pada hari itu.
25 Jika kamu sungguh-sungguh menjalankan perintah-Ku itu, maka para raja dan pegawai yang memerintah seperti Daud akan memasuki pintu-pintu gerbang kota Yerusalem. Mereka bersama dengan orang Yehuda dan penduduk Yerusalem, akan mengenderai kereta kuda dan menunggang kuda, sehingga kota Yerusalem dipenuhi orang selama-lamanya.
26 Orang akan datang dari kota-kota Yehuda, dan dari kampung-kampung di sekitar Yerusalem; mereka akan datang dari wilayah Benyamin, dari kawasan kaki bukit, dari kawasan pergunungan, dan dari bahagian selatan Yehuda. Mereka akan membawa korban untuk menyenangkan hati-Ku dan korban-korban lain, korban untuk mengucap syukur, dan kemenyan, serta korban kesyukuran ke Rumah-Ku.
27 Semua perkara itu akan berlaku apabila kamu taat kepada-Ku dan merayakan hari Sabat sebagai hari yang khas untuk Aku. Jangan angkat beban melalui pintu-pintu gerbang Yerusalem pada hari itu. Jika kamu melanggar perintah-Ku itu, Aku akan membakar habis pintu-pintu gerbang Yerusalem serta istana-istananya, dan api itu tidak akan dapat dipadamkan oleh sesiapa pun.’ ”