10 Pergilah ke pulau Siprus di sebelah barat,suruhlah orang pergi ke timur, ke tanah Kedar.Engkau akan melihat bahawa hal seperti ini tidak pernah berlaku.
11 Tiada bangsa mana pun yang pernah menggantikan tuhannya,walaupun tuhan-tuhan itu bukan Allah sebenarnya.Tetapi umat-Ku telah menggantikan Aku,Allah yang telah memberikan mereka kedudukan yang mulia,dengan sesuatu yang tidak dapat melakukan apa-apa.
12 Oleh itu Aku memerintahkan langit bergoncang kerana ngeri,hairan dan terperanjat,
13 kerana umat-Ku telah melakukan dua dosa:mereka meninggalkan Aku,sumber air pemberi hidup kepada manusia,dan mereka menggali kolamyang bocor dan tidak dapat menampung air.”
14 “Israel bukan hamba;dia tidak dilahirkan sebagai hamba.Tetapi mengapa dia diburu oleh musuhnya?
15 Musuhnya mengaum seperti singa terhadapnya,dan menjadikan tanahnya tandus dan sunyi;kota-kotanya tinggal runtuhan, dan tidak berpenghuni.
16 Orang Memfis dan Tahpanhestelah meremukkan tengkoraknya.