14 “Israel bukan hamba;dia tidak dilahirkan sebagai hamba.Tetapi mengapa dia diburu oleh musuhnya?
15 Musuhnya mengaum seperti singa terhadapnya,dan menjadikan tanahnya tandus dan sunyi;kota-kotanya tinggal runtuhan, dan tidak berpenghuni.
16 Orang Memfis dan Tahpanhestelah meremukkan tengkoraknya.
17 Hai Israel, engkau sendiri menyebabkanhal ini berlaku kepadamu.Engkau meninggalkan Aku, TUHAN Allahmu,semasa Aku memimpin engkau dalam perjalananmu.
18 Apakah keuntungannya engkau pergi ke Mesirdan meminum air Sungai Nil?Apakah keuntungannya engkau pergi ke Asyurdan meminum air Sungai Efrat?
19 Kejahatanmu sendiri akan menghukum dirimu;engkau terseksa kerana meninggalkan Aku.Engkau akan insaf betapa pahitnya dan salahnyameninggalkan Aku, TUHAN, Allahmu,dan tidak lagi setia kepada-Ku.Aku, TUHAN Raja Yang Maha Kuasa telah berfirman.”
20 TUHAN Raja berfirman,“Hai Israel, dari dahulu engkau tidak mahu mengabdi kepada-Ku;engkau tidak mahu mentaati Aku ataupun menyembah Aku.Di atas setiap bukit yang tinggidan di bawah setiap pokok hijau,engkau menyembah dewa-dewa kesuburan.