19 Kejahatanmu sendiri akan menghukum dirimu;engkau terseksa kerana meninggalkan Aku.Engkau akan insaf betapa pahitnya dan salahnyameninggalkan Aku, TUHAN, Allahmu,dan tidak lagi setia kepada-Ku.Aku, TUHAN Raja Yang Maha Kuasa telah berfirman.”
20 TUHAN Raja berfirman,“Hai Israel, dari dahulu engkau tidak mahu mengabdi kepada-Ku;engkau tidak mahu mentaati Aku ataupun menyembah Aku.Di atas setiap bukit yang tinggidan di bawah setiap pokok hijau,engkau menyembah dewa-dewa kesuburan.
21 Aku menanam engkau seperti pokok anggur pilihandaripada benih yang terbaik.Tetapi lihatlah, engkau sudah berubah!Engkau menjadi seperti pokok anggur liar yang tidak berguna.
22 Walaupun engkau mandi dengan menggunakan banyak sabun yang kuat,namun Aku masih nampak noda kesalahanmu.
23 Bagaimanakah engkau dapat berkata bahawa engkau tidak menajiskan dirimu,dan bahawa engkau tidak pernah menyembah Baal?Lihatlah perbuatanmu di lembah;engkau telah berdosa di sana.Engkau umpama unta liar yang berahi,yang berlari kian ke mari, tidak terkendali,
24 lalu berlari ke gurun yang sunyi.Unta betina tidak dapat dikawal ketika sedang berahi.Unta jantan yang mengingininya tidak perlu mencari-cari;pada musim mengawan unta betina selalu ditemui.
25 Hai Israel, jangan mengejar dewa-dewa,nanti kakimu cedera,dan kerongkongmu kering.Tetapi engkau berkata, ‘Tidak, aku tidak dapat kembali.Aku mencintai dewa-dewadan aku mahu mengikuti dewa-dewa itu.’ ”