25 Hai Israel, jangan mengejar dewa-dewa,nanti kakimu cedera,dan kerongkongmu kering.Tetapi engkau berkata, ‘Tidak, aku tidak dapat kembali.Aku mencintai dewa-dewadan aku mahu mengikuti dewa-dewa itu.’ ”
26 TUHAN berfirman, “Sebagaimana pencuri dipermalukan ketika tertangkap, demikian juga semua orang Israel akan dipermalukan, termasuk raja-raja dan para pegawai kamu, para imam dan nabi kamu.
27 Kamu semua akan dipermalukan. Kamu yang menyebut sebatang pokok sebagai bapa kamu dan sebuah bukit batu sebagai ibu kamu. Hal ini akan berlaku kerana kamu meninggalkan Aku dan tidak datang kepada-Ku. Tetapi apabila kamu dalam kesusahan, kamu memanggil Aku untuk datang menyelamatkan kamu.
28 Di manakah patung-patung dewa yang kamu buat itu? Apabila kamu dalam kesusahan, mintalah dewa-dewa itu menyelamatkan kamu, jika dewa-dewa itu benar-benar sanggup! Hai Yehuda, dewa kamu sebanyak kota kamu!
29 Apakah sungutan kamu? Mengapakah kamu melawan Aku?
30 Sia-sia sahaja Aku menghukum kamu, kerana kamu tidak mahu menerima pengajaran-Ku. Seperti singa yang sedang mengamuk, demikianlah kamu membunuh para nabi kamu.
31 Hai umat Israel, dengarlah akan firman-Ku ini. Pernahkah Aku seperti gurun bagi kamu atau seperti tanah yang gelap dan berbahaya? Tetapi mengapakah kamu berkata bahawa kamu mahu ikut kehendak sendiri, dan tidak mahu kembali kepada-Ku lagi?