28 Di manakah patung-patung dewa yang kamu buat itu? Apabila kamu dalam kesusahan, mintalah dewa-dewa itu menyelamatkan kamu, jika dewa-dewa itu benar-benar sanggup! Hai Yehuda, dewa kamu sebanyak kota kamu!
29 Apakah sungutan kamu? Mengapakah kamu melawan Aku?
30 Sia-sia sahaja Aku menghukum kamu, kerana kamu tidak mahu menerima pengajaran-Ku. Seperti singa yang sedang mengamuk, demikianlah kamu membunuh para nabi kamu.
31 Hai umat Israel, dengarlah akan firman-Ku ini. Pernahkah Aku seperti gurun bagi kamu atau seperti tanah yang gelap dan berbahaya? Tetapi mengapakah kamu berkata bahawa kamu mahu ikut kehendak sendiri, dan tidak mahu kembali kepada-Ku lagi?
32 Adakah gadis yang lupa akan perhiasannya, atau pengantin perempuan yang lupa akan baju pengantinnya? Tetapi umat-Ku telah lupa akan Aku lama sekali - jumlah harinya tidak terhitung lagi.
33 Kamu sangat pandai mencari jalan untuk memikat hati kekasih. Perempuan yang paling jahat pun masih dapat belajar kejahatan daripada kamu!
34 Pakaian kamu dinodai darah orang miskin dan orang yang tidak bersalah, bukan darah pencuri yang tertangkap.Namun demikian,