34 Pakaian kamu dinodai darah orang miskin dan orang yang tidak bersalah, bukan darah pencuri yang tertangkap.Namun demikian,
35 kamu masih berkata, ‘Aku tidak bersalah; tentu TUHAN tidak murka lagi kepadaku.’ Tetapi Aku, TUHAN akan menghukum kamu kerana kamu tidak mahu mengakui dosa kamu.
36 Kamu telah merendahkan harga diri kerana pergi kepada dewa-dewa bangsa lain. Kamu akan dikecewakan oleh Mesir, sebagaimana kamu dikecewakan oleh Asyur.
37 Kamu akan meninggalkan Mesir dengan kepala tertunduk kerana kecewa dan malu. Aku, TUHAN, telah menolak mereka yang kamu harapkan; kamu tidak akan mendapat keuntungan apa-apa daripada mereka.”