Yeremia 20:4-10 BM

4 TUHAN sendiri berfirman, ‘Aku akan menjadikan engkau ketakutan bagi dirimu dan bagi kawan-kawanmu. Engkau akan nampak mereka semua dibunuh oleh musuh dengan pedang. Aku akan membiarkan semua orang Yehuda dikuasai oleh raja Babilonia; sebilangan daripada mereka akan diangkutnya sebagai orang tawanan ke negerinya, dan mereka yang tidak diangkut akan dibunuh.

5 Aku akan membiarkan musuh mereka menjarah dan mengangkut semua kekayaan kota ini serta semua harta miliknya ke Babilonia, bahkan harta pusaka raja-raja Yehuda.

6 Engkau pula, hai Pasyhur, akan ditangkap dan diangkut ke Babilonia bersama dengan semua anggota keluargamu. Di sana engkau akan mati dan dikuburkan bersama dengan semua kawanmu yang telah mendengarkan dustamu.’ ”

7 Ya TUHAN, Engkau telah menipu akudan aku telah tertipu.Engkau lebih kuat daripada akudan telah mengalahkan aku.Aku diejek oleh setiap orang,dihina dari pagi sampai petang.

8 Setiap kali aku berkata-kata,aku mesti berteriak sekuat-kuatnya,“Keganasan! Kemusnahan!”Ya TUHAN, aku diejek dan dihina setiap waktu,kerana aku menyampaikan perkhabaran-Mu.

9 Tetapi apabila aku berkata,“Biarlah aku melupakan TUHAN,aku tidak mahu berucap demi nama-Nya lagi,”maka perkhabaran-Mu bagaikan apiyang membara dalam hati sanubari.Aku telah cuba menahannya,tetapi aku tidak berdaya.

10 Aku mendengar orang berbisik di mana-mana,“Ketakutan merajalela!Mari laporkan dia kepada yang berkuasa!”Bahkan semua sahabat karibkumenunggu kejatuhanku.Mereka berkata, “Mungkin dengan penipuan,dia dapat kita kalahkan,supaya dapatlah kitamembalas dendam kepadanya.”