18 Oleh itu, TUHAN berfirman tentang Raja Yoyakim putera Raja Yosia, dari Yehuda,“Tiada orang yang meratapi kemangkatan baginda;tiada orang yang berkata,‘Aduhai sahabatku, aduhai.’Tiada orang yang menangisinya atau berseru,‘Kasihan tuanku raja!’
19 Yoyakim akan diseretdan dilempar keluar pintu gerbang Yerusalem,seperti yang dilakukan orang terhadap bangkai keldai.”
20 TUHAN berfirman,“Hai penduduk Yerusalem, pergilah ke Lebanon dan berteriaklah.Pergilah ke tanah Basan dan memekiklah;berserulah dari pergunungan Moab,kerana semua sekutu kamu sudah dikalahkan.
21 Aku telah berfirman kepada kamu ketika kamu makmur,tetapi kamu tidak mahu mendengarkan Aku.Itulah yang kamu lakukan sepanjang hidup kamu;kamu tidak pernah mahu taat kepada-Ku.
22 Oleh itu, para pemimpin kamu akan lenyap seperti ditiup angin;sekutu-sekutu kamu akan diangkut sebagai tawanan,dan kota kamu dihina dan dipermalukankerana kamu telah melakukan kejahatan.
23 Kamu tinggal dengan amankerana dikelilingi tiang-tiang sedar Lebanon,tetapi apabila kamu ditimpa kesakitan,kamu akan menderita seperti wanita yang bersalin.”
24 TUHAN berfirman kepada Raja Yoyakhin putera Raja Yoyakim, dari Yehuda, “Demi Aku, Allah yang hidup, Aku tegaskan bahawa walaupun engkau bagaikan cincin meterai pada tangan kanan-Ku, namun Aku akan mencabut engkau,