21 Aku telah berfirman kepada kamu ketika kamu makmur,tetapi kamu tidak mahu mendengarkan Aku.Itulah yang kamu lakukan sepanjang hidup kamu;kamu tidak pernah mahu taat kepada-Ku.
22 Oleh itu, para pemimpin kamu akan lenyap seperti ditiup angin;sekutu-sekutu kamu akan diangkut sebagai tawanan,dan kota kamu dihina dan dipermalukankerana kamu telah melakukan kejahatan.
23 Kamu tinggal dengan amankerana dikelilingi tiang-tiang sedar Lebanon,tetapi apabila kamu ditimpa kesakitan,kamu akan menderita seperti wanita yang bersalin.”
24 TUHAN berfirman kepada Raja Yoyakhin putera Raja Yoyakim, dari Yehuda, “Demi Aku, Allah yang hidup, Aku tegaskan bahawa walaupun engkau bagaikan cincin meterai pada tangan kanan-Ku, namun Aku akan mencabut engkau,
25 lalu menyerahkan engkau kepada orang yang engkau takuti, iaitu orang yang ingin membunuh engkau. Aku akan menyerahkan engkau kepada Raja Nebukadnezar dari Babilonia dan askar-askarnya.
26 Aku akan mengusir engkau dan ibumu, lalu Aku akan membuang kamu ke negeri yang bukan tanah air kamu. Kamu berdua akan mati di sana.
27 Kamu akan sangat merindukan negeri ini, tetapi kamu tidak akan kembali.”