8 Selepas itu banyak orang asing akan lalu di situ dan bertanya kepada satu sama lain, mengapa Aku, TUHAN, telah bertindak begitu terhadap kota yang besar itu.
9 Kemudian mereka akan menjawab bahawa semua itu berlaku kerana kamu telah mengingkari perjanjian kamu dengan Aku, Allah kamu, dan telah menyembah serta mengabdi kepada tuhan-tuhan lain.”
10 Hai penduduk Yehuda, jangan tangisi Raja Yosia;jangan ratapi kemangkatan raja.Tetapi tangisilah Yoahas, putera raja;kerana putera itu telah dibawa pergidan tidak akan kembali.Dia tidak akan melihat tanah airnya lagi.
11 Inilah firman TUHAN tentang Raja Yoahas, putera Raja Yosia, yang menjadi raja Yehuda menggantikan ayahandanya, “Dia telah pergi dari sini, dan tidak akan kembali.
12 Dia akan meninggal di negeri pembuangan, dan dia tidak akan melihat negeri ini lagi.”
13 Malanglah orang yang mendirikan rumahnya dengan ketidakadilan,dan membesarkannya dengan ketidakjujuran.Dia menyuruh orang bekerja tanpa ganjaran,dan tidak membayar upah mereka.
14 Malanglah orang yang berkata,“Aku akan mendirikan istanayang mempunyai bilik-bilik besar di tingkat atas.”Lalu dia membuat tingkap rumahnya,dengan bingkai daripada kayu sedar,lalu mengecatnya dengan warna merah.