7 Masanya akan tiba apabila orang tidak lagi bersumpah demi Aku, Allah yang hidup, yang membawa umat Israel keluar dari Mesir.
8 Tetapi mereka akan bersumpah demi Aku, Allah yang hidup, yang membawa umat Israel keluar dari sebuah negeri di utara, dan dari semua negeri lain tempat Aku mencerai-beraikan mereka. Kemudian mereka akan tinggal di tanah air mereka sendiri.”
9 Hatiku hancurdan aku gementar.TUHAN dan firman-Nya yang sucimenjadikan aku seperti orang mabuk,orang yang minum terlalu banyak wain.
10 Negeri penuh dengan orang yang tidak setia kepada TUHAN.Hidup mereka jahat dan mereka menyalahgunakan kuasa.Rumput di padang menjadi kering dan seluruh negeri berkabung,kerana dikutuk oleh TUHAN.
11 TUHAN berfirman,“Nabi dan imam tidak mahu taat kepada-Ku.Aku mendapati mereka berbuat jahat bahkan di Rumah-Ku.
12 Oleh itu, jalan yang dilalui mereka akan licin dan gelap;Aku akan menyebabkan mereka tersandung dan jatuh.Aku akan mendatangkan malapetaka kepada mereka,apabila masanya tiba untuk menghukum mereka.Aku, TUHAN, telah berfirman.
13 Aku telah nampak dosa nabi-nabi Samaria.Mereka berucap demi nama Baal,dan menyesatkan umat-Ku Israel.