1 Pada suatu masa TUHAN memberikan satu penglihatan kepadaku. Hal itu berlaku selepas Raja Yoyakhin putera Raja Yoyakim dari Yehuda, bersama dengan para pegawai pemerintah Yehuda, tukang dan pekerja mahir, ditawan oleh Raja Nebukadnezar dari Babilonia, dan dibawa sebagai tawanan dari Yerusalem ke Babilonia. Aku nampak dua buah bakul yang berisi buah ara terletak di hadapan Rumah TUHAN.
2 Bakul yang pertama berisi buah ara yang baik, seperti buah ara yang mula-mula masak, sedangkan bakul yang kedua berisi buah ara yang busuk, sehingga tidak dapat dimakan.
3 Kemudian TUHAN berfirman kepadaku, “Hai Yeremia, apakah yang engkau nampak?”Aku menjawab, “Aku nampak buah ara. Buah yang baik sangat baik, dan buah yang busuk sangat busuk sehingga tidak dapat dimakan.”
4 TUHAN berfirman lagi,
5 “Aku, TUHAN, Allah Israel menganggap orang yang telah diangkut ke Babilonia itu seperti buah ara yang baik ini, dan Aku akan memperlakukan mereka dengan baik.