Yeremia 25:19-26-32 BM

19-26 Inilah senarai nama orang lain yang harus minum dari cawan itu:raja Mesir, para pegawai dan pemimpinnya;semua orang Mesir dan semua bangsa asing di Mesir;semua raja di tanah Us;semua raja Filistin di kota Askelon, Gaza, Ekron, dan orang yang masih hidup di Asdod;semua orang Edom, Moab, dan Amon;semua raja di Tirus dan Sidon;semua raja di kawasan pantai Laut Tengah;kota Dedan, Tema, dan Bus;semua orang yang memendekkan rambut mereka;semua raja Arab;semua raja suku yang tinggal di gurun;semua raja di Zimri, Elam, dan Madai;semua raja di utara, jauh dan dekat, seorang demi seorang.Semua bangsa di seluruh muka bumi mesti minum dari cawan itu. Orang terakhir yang mesti minum dari cawan itu ialah raja Babilonia.

27 Kemudian TUHAN berfirman kepadaku, “Beritahulah semua orang itu bahawa Aku, TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Israel, memerintahkan mereka minum sampai mabuk dan muntah. Mereka akan jatuh dan tidak dapat bangun lagi kerana peperangan yang Aku datangkan kepada mereka.

28 Jika mereka tidak mahu mengambil cawan itu dari tanganmu dan tidak meminumnya, beritahulah mereka bahawa TUHAN Yang Maha Kuasa telah berfirman bahawa mereka tetap diwajibkan minum dari cawan itu.

29 Aku akan memulakan pemusnahan itu di kota-Ku sendiri. Adakah mereka menyangka bahawa mereka tidak akan dihukum? Mereka tentu akan dihukum kerana Aku akan mendatangkan peperangan kepada semua bangsa di seluruh bumi. Aku, TUHAN Yang Maha Kuasa, telah berfirman.

30 Hai Yeremia, semua yang Aku firmankan kepadamu, harus engkau isytiharkan. Engkau mesti berkata kepada mereka,‘TUHAN akan mengaum dari syurga;Dia akan mengguntur dari kediaman-Nya yang suci.Dia akan bergemuruh melawan umat-Nya;Dia akan memekik seperti orang yang memeras buah anggur.Setiap orang di bumi akan mendengar-Nya,

31 sampai ke hujung bumi suara-Nya bergema.TUHAN mengajukan perkara terhadap bangsa-bangsa.Dia akan mengadili semua orangdan membinasakan orang jahat.TUHAN telah berfirman.’ ”

32 TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman bahawa bencana akan menimpa bangsa demi bangsa, dan badai sedang berkecamuk di hujung-hujung bumi.