1 Sebaik sahaja Yoyakim putera Raja Yosia menjadi raja Yehuda,
2 TUHAN berfirman kepadaku, “Pergilah berdiri di halaman Rumah-Ku dan berucaplah kepada orang dari kota-kota Yehuda yang datang beribadat di situ. Isytiharkanlah semua yang Kuperintahkan kepadamu. Jangan kurangi sepatah kata pun.
3 Mungkin bangsa itu mahu mendengar, lalu berhenti berbuat jahat. Jika demikian, Aku tidak akan melaksanakan rancangan-Ku. Aku tidak akan membinasakan mereka kerana perbuatan jahat mereka.”
4 TUHAN menyuruh aku berkata kepada mereka, “Demikianlah firman TUHAN, ‘Aku, TUHAN, telah memberikan perintah supaya kamu mesti taat kepada-Ku dan mematuhi hukum yang telah Kuberikan kepada kamu.
5 Kamu mesti juga mendengarkan apa yang dikatakan oleh hamba-Ku, iaitu para nabi yang terus-menerus Kuutus kepada kamu. Tetapi kamu tidak pernah mendengarkan mereka.