5 Kamu mesti juga mendengarkan apa yang dikatakan oleh hamba-Ku, iaitu para nabi yang terus-menerus Kuutus kepada kamu. Tetapi kamu tidak pernah mendengarkan mereka.
6 Jika kamu tetap membantah, Aku akan memperlakukan Rumah-Ku ini seperti Aku telah memperlakukan Silo, sehingga semua bangsa di dunia menggunakan nama kota Yerusalem sebagai kutuk.’ ”
7 Para imam, nabi, dan segenap rakyat mendengar segala yang aku katakan di Rumah TUHAN.
8 Segera setelah aku selesai mengisytiharkan segala perkhabaran TUHAN seperti yang diperintahkan-Nya, mereka menangkap aku sambil berseru, “Engkau mesti dibunuh!
9 Mengapa engkau berani berkata demi nama TUHAN bahawa Rumah-Nya ini akan menjadi seperti Silo, dan bahawa kota ini akan dimusnahkan dan menjadi tempat yang tidak didiami lagi?” Kemudian orang ramai berkerumun di sekeliling aku.
10 Ketika para pemimpin Yehuda mendengar apa yang telah berlaku, mereka tergesa-gesa keluar dari istana lalu pergi ke Rumah TUHAN, dan duduk di Pintu Gerbang Baru.
11 Para imam dan nabi berkata kepada pemimpin-pemimpin itu dan kepada rakyat, “Orang ini patut dihukum mati kerana dia telah mengeluarkan kata-kata yang menentang kota kita. Kamu sendiri telah mendengarnya.”