12 Tidak berapa lama selepas peristiwa itu, TUHAN menyuruh aku
13 pergi kepada Hananya dan berkata, “TUHAN berfirman bahawa engkau sanggup mematahkan kok kayu, tetapi Dia akan menggantikannya dengan kok besi.
14 TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Israel, berfirman bahawa Dia akan memasang kok besi pada tengkuk semua bangsa ini, dan mereka akan mengabdi kepada Raja Nebukadnezar, raja Babilonia. TUHAN juga berfirman bahawa binatang buas pun akan diserahkan-Nya kepada kekuasaan Raja Nebukadnezar.”
15 Kemudian aku menyampaikan firman itu kepada Hananya, lalu aku berkata lagi, “Dengarlah, hai Hananya! TUHAN tidak mengutus engkau; engkau menyebabkan bangsa ini mempercayai dusta.
16 Oleh itu TUHAN sendiri berfirman bahawa Dia akan melenyapkan engkau. Tahun ini juga engkau akan mati, kerana engkau telah menyuruh bangsa ini melawan TUHAN.”
17 Pada tahun itu juga, pada bulan ketujuh, Hananya meninggal.