8 Yehuda juga nampak bahawa Aku menceraikan Israel dan menghalaunya, kerana dia telah meninggalkan Aku dan menjadi pelacur. Tetapi Yehuda yang tidak setia, saudara Israel itu, tidak takut. Malah Yehuda ikut menjadi pelacur
9 dan sama sekali tidak berasa malu. Dia menajiskan negeri dan dia berzina kerana memuja batu dan pokok kayu.
10 Setelah melakukan semua itu, Yehuda yang tidak setia itu berpura-pura kembali kepada-Ku, kerana hatinya tidak ikhlas. Aku, TUHAN, telah berfirman.”
11 Kemudian TUHAN memberitahu aku bahawa walaupun Israel telah meninggalkan Dia, ternyata Israel lebih baik daripada Yehuda yang tidak setia itu.
12 TUHAN menyuruh aku pergi menyampaikan perkara ini kepada Israel, “Hai Israel yang tidak setia, kembalilah kepada-Ku. Aku penuh belas kasihan dan tidak murka; Aku tidak akan murka kepadamu selama-lamanya.
13 Hanya mengakulah bahawa engkau bersalah dan telah memberontak terhadap TUHAN, Allahmu. Mengakulah bahawa di bawah setiap pokok hijau engkau telah mencurahkan cintamu kepada tuhan-tuhan bangsa lain, dan tidak mentaati perintah-Ku. Aku, TUHAN telah berfirman.
14 Hai umat yang tidak setia, kembalilah kepada-Ku; kamu milik-Ku. Aku akan mengambil kamu, seorang dari setiap kota, dan dua orang daripada setiap puak, lalu Aku akan membawa kamu kembali ke Bukit Sion.