10 Hai umat-Ku, jangan takut!Hai umat Israel, jangan gentar!Aku akan menyelamatkan kamu dari negeri yang jauh,dari negeri tempat kamu ditawan oleh musuh.Kamu akan pulang ke negeri kamu dan hidup dengan aman.Kamu akan selamat,dan tiada orang akan menakutkan kamu.
11 Aku akan datang dan menyelamatkan kamu.Aku akan membinasakan semua bangsatempat Aku mencerai-beraikan kamu,tetapi Aku tidak akan membinasakan kamu.Aku tidak akan melepaskan kamu daripada hukuman,tetapi Aku akan berlaku adil apabila menghukum kamu.Aku, TUHAN, telah berfirman.”
12 TUHAN berfirman kepada umat-Nya,“Luka kamu sangat parah,kecederaan kamu tiada ubatnya.
13 Tiada seorang pun sudi merawat kamu,tiada ubat untuk bisul-bisul kamu,tiada harapan untuk sembuh bagi kamu.
14 Semua kekasih kamu telah melupakan kamu;mereka tidak lagi mempedulikan kamu.Seperti musuh, Aku telah menyerang kamu,hukuman yang berat telah menimpa kamukerana dosa kamu banyak sangatdan kejahatan kamu amat dahsyat.
15 Jangan lagi bersungut tentang luka kamu,kerana bagi kamu tiada harapan untuk sembuh.Aku menghukum kamu dengan cara itu,kerana dosa kamu banyak sangatdan kejahatan kamu amat dahsyat.
16 Tetapi sekarang semua yang menelan kamu akan ditelan,dan semua musuh kamu akan dibawa pergi sebagai tawanan.Semua orang yang menindas kamu akan ditindas,dan semua orang yang merompak kamu akan dirompak.