12 TUHAN berfirman kepada umat-Nya,“Luka kamu sangat parah,kecederaan kamu tiada ubatnya.
13 Tiada seorang pun sudi merawat kamu,tiada ubat untuk bisul-bisul kamu,tiada harapan untuk sembuh bagi kamu.
14 Semua kekasih kamu telah melupakan kamu;mereka tidak lagi mempedulikan kamu.Seperti musuh, Aku telah menyerang kamu,hukuman yang berat telah menimpa kamukerana dosa kamu banyak sangatdan kejahatan kamu amat dahsyat.
15 Jangan lagi bersungut tentang luka kamu,kerana bagi kamu tiada harapan untuk sembuh.Aku menghukum kamu dengan cara itu,kerana dosa kamu banyak sangatdan kejahatan kamu amat dahsyat.
16 Tetapi sekarang semua yang menelan kamu akan ditelan,dan semua musuh kamu akan dibawa pergi sebagai tawanan.Semua orang yang menindas kamu akan ditindas,dan semua orang yang merompak kamu akan dirompak.
17 Walaupun musuh kamu berkata,‘Sion telah dibuang,dan tiada yang mempedulikannya,’namun Aku akan menjadikan kamu sihat kembali,dan luka-luka kamu akan Kuubati.”
18 TUHAN berfirman,“Aku akan mengembalikan umat-Ku ke negeri merekadan mengasihani setiap keluarga;Yerusalem akan dibina lagi,dan istananya diperbaiki.