2 Dahulu di gurun Aku menunjukkan belas kasihan kepada mereka yang terlepas daripada maut. Ketika umat Israel mencari ketenangan,
3 dari jauh Aku menampakkan diri kepada mereka. Hai umat Israel, sejak dahulu Aku selalu mengasihi kamu, dan untuk seterusnya Aku akan menunjukkan bahawa Aku selalu mengasihi kamu.
4 Aku akan mengukuhkan kedudukan kamu semula. Sekali lagi kamu akan mengambil tamburin dan menari dengan gembira.
5 Kamu akan membuka ladang anggur di perbukitan Samaria, dan orang yang menanam anggur akan menikmati hasilnya.
6 Sesungguhnya, akan tiba masanya apabila para pengawal kota berseru di perbukitan Efraim, ‘Mari kita naik ke Sion, kepada TUHAN, Allah kita.’ ”
7 TUHAN berfirman,“Bernyanyilah dengan gembira bagi Israel,bangsa yang terutama antara semua bangsa.Nyanyikanlah lagu pujian,‘TUHAN telah menyelamatkan umat-Nya;Dia telah menyelamatkan semua orang yang masih tinggal.’
8 Dari utara Aku membawa mereka kembali,Aku mengumpulkan mereka dari hujung bumi.Orang buta dan orang lumpuh akan mengikut mereka,begitu juga wanita hamil dan mereka yang hampir bersalin.Mereka akan kembali sebagai bangsa yang besar.