20 Hai Israel, engkau anak kesayangan-Ku,anak tercinta, buah hati-Ku.Setiap kali Aku mengancam engkau,Aku mengingat engkau dengan rindu.Aku mengasihimu;Aku akan berbelas kasihan.
21 Tandailah jalan, dan pasanglah penunjuk jalan;carilah jalan yang engkau ikut dahulu.Hai umat Israel, pulanglah.Kembalilah ke kota-kotamu dahulu.
22 Sampai bilakah kamu ragu-ragu,hai bangsa yang tidak setia kepada-Ku?Aku telah menciptakan sesuatu yang baru dan aneh,luar biasa seperti wanita melindungi lelaki.”
23 TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Israel berfirman, “Apabila Aku mengembalikan umat-Ku ke negeri mereka, maka di negeri Yehuda dan di kota-kotanya akan terdengar lagi orang berkata,‘Semoga TUHAN memberkati bukit suci di Yerusalemtempat kediaman yang khas bagi-Nya.’
24 Orang akan tinggal di Yehuda dan di semua kotanya. Di sana akan ada petani, dan gembala dengan ternakan mereka.
25 Aku akan menyegarkan mereka yang lelah, dan mengenyangkan mereka yang lemah kerana lapar.
26 Pada masa itu orang akan berkata, ‘Setelah tidur nyenyak, aku berasa segar.’