25 Aku akan menyegarkan mereka yang lelah, dan mengenyangkan mereka yang lemah kerana lapar.
26 Pada masa itu orang akan berkata, ‘Setelah tidur nyenyak, aku berasa segar.’
27 Aku, TUHAN, berfirman bahawa akan tiba masanya apabila Aku memenuhi negeri Israel dan Yehuda dengan manusia dan haiwan.
28 Sebagaimana dahulu Aku telah berjaga untuk mencabut, meruntuhkan, menggulingkan, memusnahkan dan menghancurkan mereka, begitu juga Aku akan berjaga untuk menegakkan dan membangunkan mereka semula.
29 Pada masa itu orang tidak lagi berkata,‘Ibu bapa makan buah anggur yang masam,tetapi anak-anak yang berasa ngilu.’
30 Tetapi sesiapa makan buah anggur yang masam, dia sendirilah yang akan berasa ngilu. Setiap orang akan mati kerana dosanya sendiri.”
31 TUHAN berfirman, “Akan tiba masanya Aku membuat perjanjian yang baru dengan umat Israel dan Yehuda.