29 Pada masa itu orang tidak lagi berkata,‘Ibu bapa makan buah anggur yang masam,tetapi anak-anak yang berasa ngilu.’
30 Tetapi sesiapa makan buah anggur yang masam, dia sendirilah yang akan berasa ngilu. Setiap orang akan mati kerana dosanya sendiri.”
31 TUHAN berfirman, “Akan tiba masanya Aku membuat perjanjian yang baru dengan umat Israel dan Yehuda.
32 Perjanjian itu tidak seperti perjanjian yang Aku buat dengan nenek moyang mereka ketika Aku menuntun mereka keluar dari Mesir. Walaupun Aku seperti seorang suami kepada mereka, namun mereka mengingkari perjanjian-Ku dengan mereka.
33 Inilah perjanjian baru yang akan Kubuat dengan umat Israel: Aku akan menyimpan hukum-Ku dalam batin mereka, dan menulisnya pada hati mereka. Aku akan menjadi Allah mereka, dan mereka akan menjadi umat-Ku.
34 Tidak seorang pun antara mereka perlu mengajar sesamanya untuk mengenal TUHAN, kerana mereka semua, besar kecil, akan mengenal Aku. Aku akan melupakan kesalahan mereka dan mengampunkan dosa mereka. Aku, TUHAN, telah berfirman.”
35 TUHAN menyediakan matahari untuk menerangi siang;Dia menyediakan bulan dan bintang untuk menerangi malam.Dia menyebabkan air laut bergelora sehingga bergemuruh,nama-Nya TUHAN Yang Maha Kuasa.