36 Dia berjanji bahawa selama hukum alam tidak berubah,Israel pun akan tetap ada sebagai bangsa.
37 Seandainya pada suatu masa langit dapat diukur,dan dasar bumi dapat diselidiki,pada masa itulah Israel akan ditolak oleh-Nyakerana segala perbuatan mereka.TUHAN telah berfirman.
38 TUHAN berfirman, “Masanya akan tiba apabila seluruh Yerusalem dibina semula sebagai kota-Ku, dari Menara Hananeel sampai ke Pintu Gerbang Sudut.
39 Dari situ sempadannya menuju ke Bukit Gareb, lalu membelok ke Goa.
40 Seluruh lembah itu, yang digunakan sebagai tanah perkuburan dan tempat pembuangan sampah, dan semua ladang di tepi Sungai Kidron sampai ke Pintu Gerbang Kuda ke arah timur, akan dikhaskan untuk Aku. Kota Yerusalem tidak akan diruntuhkan ataupun dimusnahkan lagi.”