4 Aku akan mengukuhkan kedudukan kamu semula. Sekali lagi kamu akan mengambil tamburin dan menari dengan gembira.
5 Kamu akan membuka ladang anggur di perbukitan Samaria, dan orang yang menanam anggur akan menikmati hasilnya.
6 Sesungguhnya, akan tiba masanya apabila para pengawal kota berseru di perbukitan Efraim, ‘Mari kita naik ke Sion, kepada TUHAN, Allah kita.’ ”
7 TUHAN berfirman,“Bernyanyilah dengan gembira bagi Israel,bangsa yang terutama antara semua bangsa.Nyanyikanlah lagu pujian,‘TUHAN telah menyelamatkan umat-Nya;Dia telah menyelamatkan semua orang yang masih tinggal.’
8 Dari utara Aku membawa mereka kembali,Aku mengumpulkan mereka dari hujung bumi.Orang buta dan orang lumpuh akan mengikut mereka,begitu juga wanita hamil dan mereka yang hampir bersalin.Mereka akan kembali sebagai bangsa yang besar.
9 Sambil menangis umat-Ku akan kembali,mereka berdoa semasa Aku memimpin mereka pulang.Aku memimpin mereka ke anak-anak sungai,melalui jalan rata supaya mereka tidak tersandung.Aku seperti seorang bapa kepada Israel,Efraim ialah anak-Ku yang sulung.”
10 TUHAN berfirman,“Dengarlah hai bangsa-bangsa!Isytiharkanlah perkhabaran-Ku ke seberang laut.Umat-Ku yang telah Kucerai-beraikanakan Kukumpulkan dan Kupelihara seperti gembala menjaga dombanya.