7 TUHAN berfirman,“Bernyanyilah dengan gembira bagi Israel,bangsa yang terutama antara semua bangsa.Nyanyikanlah lagu pujian,‘TUHAN telah menyelamatkan umat-Nya;Dia telah menyelamatkan semua orang yang masih tinggal.’
8 Dari utara Aku membawa mereka kembali,Aku mengumpulkan mereka dari hujung bumi.Orang buta dan orang lumpuh akan mengikut mereka,begitu juga wanita hamil dan mereka yang hampir bersalin.Mereka akan kembali sebagai bangsa yang besar.
9 Sambil menangis umat-Ku akan kembali,mereka berdoa semasa Aku memimpin mereka pulang.Aku memimpin mereka ke anak-anak sungai,melalui jalan rata supaya mereka tidak tersandung.Aku seperti seorang bapa kepada Israel,Efraim ialah anak-Ku yang sulung.”
10 TUHAN berfirman,“Dengarlah hai bangsa-bangsa!Isytiharkanlah perkhabaran-Ku ke seberang laut.Umat-Ku yang telah Kucerai-beraikanakan Kukumpulkan dan Kupelihara seperti gembala menjaga dombanya.
11 Aku telah membebaskan umat Israel,dan menyelamatkan mereka daripada bangsa yang kuat.
12 Mereka akan datang ke Bukit Sionsambil menyanyi dengan gembira;mereka bersukacita kerana pemberian-Ku,iaitu gandum, wain, minyak zaitun, domba, dan lembu.Mereka seperti taman yang cukup airnya,mereka tidak akan kekurangan apa-apa.
13 Pada masa itu gadis-gadis akan menari dengan gembira.Kaum lelaki, tua dan muda, akan bersukacita.Aku akan menghibur merekadan mengubah kedukaan mereka menjadi kesukaan,kesedihan menjadi kebahagiaan.