1 Pada tahun kesepuluh pemerintahan Raja Zedekia di Yehuda, iaitu tahun kelapan belas pemerintahan Raja Nebukadnezar di Babilonia, TUHAN berfirman kepadaku.
2 Pada masa itu tentara raja Babilonia sedang menyerang Yerusalem. Aku ditahan di halaman istana raja
3 oleh Raja Zedekia kerana aku dituduh mengumumkan bahawa TUHAN berfirman, “Aku akan membiarkan raja Babilonia menaklukkan kota ini,
4 dan Raja Zedekia tidak akan dapat melarikan diri. Dia akan diserahkan kepada raja Babilonia; dia akan menghadap raja itu dan bertutur dengannya.
5 Kemudian Zedekia akan dibawa ke Babilonia dan tinggal di sana sampai Aku menghukum dia. Walaupun dia berperang dengan orang Babilonia, dia tidak akan berjaya. Aku, TUHAN, telah berfirman.”
6 TUHAN memberitahu aku