20 “Aku telah membuat perjanjian dengan siang dan malam, supaya siang dan malam selalu datang tepat pada waktunya. Perjanjian itu tidak dapat dibatalkan.
21 Demikian juga Aku telah membuat perjanjian dengan hamba-Ku Daud, bahawa daripada keturunannya selalu akan ada seorang yang menjadi raja; dan Aku telah membuat perjanjian dengan para imam keturunan Lewi, bahawa mereka akan selalu mengabdi kepada-Ku. Perjanjian-perjanjian itu tidak sekali-kali akan dibatalkan.
22 Aku akan menambah bilangan keturunan hamba-Ku Daud, dan bilangan para imam keturunan Lewi, sehingga jumlah mereka tidak dapat dihitung seperti bintang di langit dan pasir di pantai.”
23 TUHAN berfirman kepadaku,
24 “Adakah engkau tahu orang berkata bahawa Aku telah menolak Israel dan Yehuda, dua keluarga yang telah Kupilih itu? Orang menghina umat-Ku dan tidak lagi menganggap mereka sebagai satu bangsa.
25 Tetapi Aku, TUHAN, mempunyai perjanjian dengan siang dan malam, dan Aku telah membuat hukum yang menguasai langit dan bumi.
26 Sebagaimana hal itu tidak dapat dibatalkan, demikian juga perjanjian-Ku dengan keturunan Yakub dan dengan hamba-Ku Daud, tidak dapat dibatalkan. Aku akan memilih seorang daripada keturunan Daud untuk memerintah keturunan Abraham, Ishak, dan Yakub. Aku akan mengasihani umat-Ku dan menjadikan mereka makmur semula.”