13 Mikhaya memberitahu mereka segala yang telah dibacakan Barukh kepada rakyat.
14 Kemudian para pegawai itu memerintah Yehudi (anak Netanya, cucu Selemya anak Kusyi) supaya menyuruh Barukh membawa naskhah gulungan yang telah dibacakannya kepada rakyat. Barukh membawa naskhah itu kepada mereka.
15 Mereka berkata, “Sila duduk, dan bacakanlah naskhah gulungan itu kepada kami.” Barukh pun membacakannya.
16 Selepas itu, mereka saling memandang dengan cemas lalu berkata kepada Barukh, “Kami mesti melaporkan hal ini kepada raja.”
17 Mereka bertanya kepadanya lagi, “Katakanlah, bagaimana kamu dapat menulis semuanya ini? Adakah Yeremia mengimlakkannya kepadamu?”
18 Barukh menjawab, “Yeremia mengimlakkan tiap-tiap perkataan itu kepada saya, lalu saya menulisnya dengan dakwat pada naskhah ini.”
19 Kemudian mereka berkata kepadanya, “Kamu dan Yeremia mesti bersembunyi. Jangan biar sesiapa pun mengetahui tempat persembunyian kamu.”