21 Selepas itu raja menyuruh Yehudi mengambil naskhah itu dari bilik Elisama dan membacakannya di hadapan raja serta semua pegawai yang berdiri di sekeliling raja.
22 Masa itu musim sejuk, dan raja sedang duduk di depan perapian di istana musim sejuk.
23 Setelah Yehudi membaca tiga atau empat lajur, raja memotong bahagian itu dengan sebilah pisau kecil dan membuangnya ke dalam api. Raja melakukan hal itu terus-menerus sampai seluruh naskhah gulungan itu dibakar.
24 Tetapi baik raja mahupun pegawai-pegawainya yang mendengar semua itu tidak takut atau menunjukkan penyesalan.
25 Walaupun Elnatan, Delaya, dan Gemarya memohon kepada raja agar naskhah itu tidak dibakar, raja tidak mempedulikan mereka.
26 Kemudian raja memerintah Putera Yerahmeel, Seraya anak Azriel, dan Selemya anak Abdeel untuk menangkap aku serta Barukh, setiausahaku, tetapi TUHAN menyembunyikan kami daripada mereka.
27 Selepas Raja Yoyakim membakar naskhah gulungan yang aku imlakkan kepada Barukh, TUHAN menyuruh aku