1 Raja Nebukadnezar dari Babilonia, melantik Raja Zedekia putera Raja Yosia menjadi raja Yehuda untuk menggantikan Raja Yoyakhin putera Raja Yoyakim.
2 Tetapi Raja Zedekia, pegawai-pegawainya, dan rakyat tidak taat kepada perkhabaran TUHAN yang diberikan-Nya melalui aku.
3 Raja Zedekia menyuruh Yukhal anak Selemya, dan Imam Zefanya anak Maaseya untuk minta supaya aku berdoa kepada TUHAN, Allah kita, bagi negeri kita.
4 Ketika itu aku belum dipenjarakan dan masih bebas bergerak antara rakyat.
5 Tentera Babilonia sedang mengepung Yerusalem. Tetapi apabila mereka mendengar bahawa tentera Mesir sudah keluar dari Mesir untuk berperang, mereka berundur.
6 Kemudian TUHAN, Allah Israel, menyuruh aku