12 Oleh itu aku meninggalkan Yerusalem dan pergi ke wilayah Benyamin untuk menerima warisanku daripada keluargaku.
13 Tetapi apabila aku sampai di Pintu Gerbang Benyamin, seorang pegawai tentera yang bertugas di situ, yang bernama Yeria anak Selemya dan cucu Hananya, menahan aku dan berkata, “Engkau mahu lari ke pihak orang Babilonia!”
14 Aku berkata, “Tidak! Aku tidak bermaksud lari ke pihak musuh.” Tetapi Yeria tidak percaya. Dia menangkap aku dan membawa aku kepada pegawai-pegawai tentera.
15 Mereka marah terhadap aku dan memberikan perintah supaya aku dipukul dan ditahan di rumah Yonatan, setiausaha negara. Pada masa itu rumahnya telah dijadikan penjara.
16 Aku dimasukkan ke dalam sebuah bilik di bawah tanah, dan aku ditahan lama di situ.
17 Kemudian Raja Zedekia memanggil aku menghadapnya di istana. Di situ secara rahsia raja bertanya kepadaku, “Adakah perkhabaran apa-apa daripada TUHAN?”“Ada,” jawabku. “Tuanku akan diserahkan kepada raja Babilonia.”
18 Lalu aku bertanya kepadanya, “Apakah kesalahan hamba terhadap tuanku, pegawai-pegawai tuanku, dan rakyat, sehingga tuanku memasukkan hamba di dalam penjara?