18 Lalu aku bertanya kepadanya, “Apakah kesalahan hamba terhadap tuanku, pegawai-pegawai tuanku, dan rakyat, sehingga tuanku memasukkan hamba di dalam penjara?
19 Di manakah nabi-nabi tuanku yang meramalkan raja Babilonia tidak akan menyerang tuanku dan negeri ini?
20 Sekarang, sudilah tuanku mendengarkan hamba dan mengabulkan permintaan hamba. Tolong jangan masukkan hamba ke penjara lagi di rumah Yonatan, kerana hamba akan mati di sana.”
21 Oleh itu Raja Zedekia memerintahkan supaya aku ditahan di halaman istana. Aku tinggal di situ, dan setiap hari aku diberikan sebuku roti dari tempat membuat roti, sampai kota itu kehabisan roti.