3 Raja Zedekia menyuruh Yukhal anak Selemya, dan Imam Zefanya anak Maaseya untuk minta supaya aku berdoa kepada TUHAN, Allah kita, bagi negeri kita.
4 Ketika itu aku belum dipenjarakan dan masih bebas bergerak antara rakyat.
5 Tentera Babilonia sedang mengepung Yerusalem. Tetapi apabila mereka mendengar bahawa tentera Mesir sudah keluar dari Mesir untuk berperang, mereka berundur.
6 Kemudian TUHAN, Allah Israel, menyuruh aku
7 berkata kepada Raja Zedekia, “Tentera Mesir sedang datang untuk menolongmu, tetapi mereka akan pulang.
8 Selepas itu tentera Babilonia akan datang lagi dan menyerang kota ini; mereka akan merebut dan membakarnya.
9 Aku, TUHAN memberi kamu amaran supaya jangan tipu diri kamu sendiri dengan berfikir bahawa tentera Babilonia tidak akan kembali. Mereka pasti akan kembali.