23 Aku berkata lagi, “Semua isteri serta anak tuanku akan dibawa kepada orang Babilonia, dan tuanku sendiri pun tidak akan lepas daripada mereka. Tuanku akan ditawan oleh raja Babilonia, dan kota ini akan dibakar sampai musnah.”
24 Raja Zedekia bertitah, “Jangan benarkan sesiapa pun mengetahui percakapan kita ini, supaya nyawamu tidak terancam.
25 Jika para pegawai mendengar bahawa beta telah bercakap dengan engkau, mereka akan bertanya tentang percakapan kita. Mereka akan berjanji bahawa mereka tidak akan membunuh engkau jika engkau menceritakan segala-galanya.
26 Beritahu mereka bahawa engkau memohon supaya beta tidak memasukkan engkau semula ke penjara dan tidak membiarkan engkau mati di sana.”
27 Selepas itu para pegawai datang bertanya kepadaku. Aku memberitahu mereka tepat seperti yang diperintahkan raja. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa, kerana tiada sesiapa pun mendengar percakapan kami.
28 Aku ditahan di halaman istana itu sehingga Yerusalem jatuh ke tangan musuh.