9 “Tuanku, perbuatan para pegawai itu salah. Mereka memasukkan Yeremia ke dalam perigi dan tentu dia akan mati kelaparan di sana kerana makanan sudah habis di kota ini.”
10 Selepas itu raja memerintah Ebed-Melekh supaya membawa bersama-samanya tiga orang untuk menarik aku keluar dari perigi itu sebelum aku mati.
11 Ebed-Melekh pergi bersama-sama ketiga-tiga orang itu ke stor istana dan mengambil kain-kain lama, lalu menurunkannya dengan tali kepadaku.
12 Dia menyuruh aku meletakkan kain-kain itu di bawah ketiakku, supaya aku tidak kesakitan apabila aku ditarik ke atas dengan tali itu. Aku pun melakukannya,
13 lalu mereka menarik aku keluar dari perigi itu. Sejak itu aku ditahan di halaman istana.
14 Pada suatu masa yang lain, Raja Zedekia memerintah aku menghadap baginda di pintu ketiga di Rumah TUHAN. Raja bertitah, “Beta hendak menanyakan satu soalan, dan engkau mesti berterus terang. Jangan sembunyikan apa-apa daripada beta.”
15 Aku menjawab, “Jika hamba berterus terang, tuanku akan menjatuhkan hukuman mati kepada hamba; dan jika hamba memberikan nasihat, tuanku tidak akan mempedulikannya.”