27 TUHAN berfirman bahawa seluruh bumi akan menjadi gurun, tetapi Dia tidak akan memusnahkannya sama sekali.)
28 Bumi akan meratap;langit akan menjadi gelap.TUHAN telah berfirmandan tidak akan mengubah rancangan.Dia telah mengambil keputusandan tidak akan mengubah pendirian.
29 Hiruk-pikuk pasukan berkuda dan pemanah,menyebabkan orang melarikan diri dari semua kota.Sesetengah orang lari ke hutan,yang lain memanjat bukit batu.Semua kota akan ditinggalkan,tiada orang yang mahu tinggal di situ.
30 Hai Yerusalem, engkau ditimpa bencana!Mengapa engkau memakai baju merah?Mengapa engkau menghias diri dengan barang kemas,serta menyolek mata dengan celak?Sia-sialah engkau mencantikkan dirimu!Semua bekas kekasihmu menghina engkau,malah mereka mahu mencabut nyawamu.
31 Aku mendengar suara rintihanseperti wanita sedang bersalin;seperti teriakan wanita yang melahirkan anak pertama.Begitulah tangisan Yerusalem yang terengah-engah,serta menghulurkan tangan dan berkata,“Malanglah aku!Mereka datang membunuh aku!”