7 Beberapa orang pegawai dan askar Yehuda masih belum menyerah diri. Mereka mendengar bahawa raja Babilonia telah melantik Gedalya menjadi gabenor negeri itu, dan semua rakyat yang paling miskin di negeri itu, yang tidak dibawa ke Babilonia diserahkan ke bawah kuasanya.
8 Oleh itu Ismael anak Netanya, Yohanan anak Kareah, Seraya anak Tanhumet, anak-anak Efai orang Netofa, dan Yezanya orang Maakha pergi bersama-sama anak buah mereka menghadap Gedalya di Mizpa.
9 Gedalya berkata kepada mereka, “Saudara-saudara tidak perlu takut menyerah diri kepada orang Babilonia. Menetaplah di negeri ini dan berkhidmatlah kepada raja Babilonia. Saya jamin bahawa kamu akan selamat.
10 Saya sendiri akan tinggal di Mizpa, dan saya akan mewakili saudara semua apabila orang Babilonia datang. Saudara-saudara boleh tinggal di pekan-pekan dan menyimpan wain, buah-buahan, dan minyak zaitun.”
11 Sementara itu, semua orang Israel di negeri Moab, Amon, Edom, dan negeri-negeri lain mendengar bahawa raja Babilonia telah membenarkan sesetengah orang Israel tinggal di Yehuda, dan bahawa raja itu telah melantik Gedalya menjadi gabenor mereka.
12 Oleh itu mereka meninggalkan tempat-tempat mereka tercerai-cerai, lalu kembali ke Yehuda. Mereka datang kepada Gedalya di Mizpa, dan di sana mereka menyimpan banyak wain dan buah-buahan.
13 Selepas itu, Yohanan dan pemimpin-pemimpin askar yang belum menyerah diri, datang kepada Gedalya