9 “Ambillah beberapa buah batu besar dan tanamkanlah semuanya di tanah di depan pintu masuk ke bangunan kerajaan di kota itu. Biarlah beberapa orang Israel nampak engkau melakukannya.
10 Selepas itu beritahulah mereka bahawa Aku, TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Israel, akan membawa hamba-Ku, Raja Nebukadnezar dari Babilonia, ke tempat ini. Dia akan mendirikan takhtanya di atas batu-batu yang engkau tanam itu, dan dia akan memasang khemah diraja di tempat itu.
11 Nebukadnezar akan datang dan mengalahkan Mesir. Mereka yang ditentukan mati kerana penyakit akan mati kerana penyakit, mereka yang ditentukan menjadi tawanan perang akan menjadi tawanan perang, dan mereka yang ditentukan mati dalam peperangan akan mati dalam peperangan.
12 Aku akan membakar kuil-kuil dewa Mesir, dan raja Babilonia pun akan membakar dewa-dewa mereka itu atau membawa semuanya ke tempat lain. Sebagaimana seorang gembala membersihkan pakaiannya daripada kutu, demikian juga raja Babilonia akan membersihkan Mesir lalu berangkat dengan kemenangan.
13 Dia akan merobohkan tugu-tugu berhala di Heliopolis, di Mesir, dan membakar kuil-kuil dewa Mesir.”