10 Inilah hari TUHAN Raja Yang Maha Kuasa:hari ini Dia akan membalas dendam;hari ini Dia akan menghukum musuh-Nya.Pedang-Nya akan makan mereka sehingga kenyang,dan minum darah mereka sehingga puas.Hari ini Yang Maha Kuasa menyembelih korban-korban-Nya,di utara, dekat Sungai Efrat.
11 Hai penduduk Mesir, pergilah ke Gileaddan dapatkanlah ubat!Semua ubat kamu ternyata tidak berguna;tiada satu pun dapat menyembuhkan kamu.
12 Bangsa-bangsa telah mendengar aib kamu;semua orang telah mendengar tangisan kamu.Askar yang satu tersandung pada askar yang lain,lalu kedua-duanya jatuh ke tanah.
13 Ketika Raja Nebukadnezar dari Babilonia, datang menyerang Mesir, TUHAN berfirman kepadaku,
14 “Isytiharkanlah berita ini di kota-kota Mesir,iaitu Migdol, Memfis, dan Tahpanhes,‘Bersedialah membela diri kamu;semua milik kamu akan musnah dalam peperangan!
15 Mengapakah Apis, dewa kamu yang kuat itu jatuh?TUHAN telah memukul dewa itu!’
16 Askar-askar kamu tersandung dan jatuh!Mereka berkata sesama sendiri,‘Cepatlah! Marilah kita pulang kepada bangsa kita,dan melarikan diri dari pedang pembinasa!’