14 “Isytiharkanlah berita ini di kota-kota Mesir,iaitu Migdol, Memfis, dan Tahpanhes,‘Bersedialah membela diri kamu;semua milik kamu akan musnah dalam peperangan!
15 Mengapakah Apis, dewa kamu yang kuat itu jatuh?TUHAN telah memukul dewa itu!’
16 Askar-askar kamu tersandung dan jatuh!Mereka berkata sesama sendiri,‘Cepatlah! Marilah kita pulang kepada bangsa kita,dan melarikan diri dari pedang pembinasa!’
17 Berilah raja Mesir nama yang baru:‘Tukang Bising Yang Melepaskan Peluang.’
18 Aku, TUHAN Yang Maha Kuasa, Akulah raja.Akulah Allah yang hidup.Sebagaimana Gunung Tabor lebih tinggi daripada gunung lain,dan Gunung Karmel lebih tinggi daripada permukaan laut,demikianlah kekuatan orang yang akan menyerang kamu.
19 Bersiaplah untuk ditawan, hai penduduk Mesir!Memfis akan menjadi padang gurun,runtuhan yang tidak didiami orang.
20 Mesir seperti seekor lembu yang gemuk,tetapi didatangi oleh pikat dari utara.